BESUT 26 Dis. - Satu ketika dahulu, seorang petani, Hashim Abdul Latif, 51, tidak terfikir hidupnya yang sebelum ini 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' akan berubah selepas menceburi bidang perniagaan ubi keledek.
Jika selama ini pendapatan yang diperolehnya tidak seberapa daripada hasil tanaman cili, sawi dan timun, namun keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan ubi keledek sebagai pemborong dan pembekal secara besar-besaran memberikannya pendapatan yang tidak pernah diimpikannya.Hashim yang tinggal di Kampung Tembila dekat sini kini mampu tersenyum puas apabila dia mampu membekalkan ubi keledek sehingga melebihi 100 tan metrik setiap bulan kepada pelanggannya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.Kejayaan itu melayakkan Hashim digelar usahawan ubi keledek tersohor di daerah ini.
Menurut Hashim, kejayaan yang dikecapi sekarang adalah berkat usaha serta sokongan anak-anaknya yang sentiasa memberi kerjasama bagi menjayakan perniagaan itu yang dimulakan empat tahun lepas.''Sebelum ini kami terpaksa melalui onak dan duri kerana biasalah dalam dunia perniagaan orang kurang yakin dengan kita apatah lagi jika baru mula berniaga.
''Namun, selepas empat bulan berniaga, para petani mula percaya untuk menjual ubi keledek kepada saya manakala pembeli pula yakin dengan cara saya berniaga menyebabkan tidak bermasalah untuk berurus niaga," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembila baru-baru ini.Katanya, penglibatannya dalam perniagaan ubi keledek bermula selepas mendapat galakan dari beberapa rakannya yang mencadangkan dia menjadi pembeli dan pembekal ubi.
Sebelum itu, Hashim tidak berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pembekal utama makanan itu sebaliknya dia sekadar berminat untuk menjadi petani biasa.Bagaimanapun katanya, apabila mendapati jualan keledek begitu laris serta mendapat pasaran yang baik di kalangan orang ramai menyebabkan dia tidak ragu-ragu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan berkenaan.''Ubi keledek saya perolehi dari sekitar daerah Besut seperti Kampung Pengkalan Kubur, Gong Medang, Tembila, Kampung Keluang, Beting Lintang dan Bukit Tanah," ujarnya.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 28 petani dari kampung-kampung berkenaan yang menjadi pembekal tetap keledek kepadanya.Hashim berkata, kebiasaannya keledek dibeli di kebun para petani terbabit tetapi ada juga di kalangan mereka yang datang sendiri menjual kepadanya di rumahnya.Menurutnya, harga keledek yang dibeli daripada penanam itu bergantung kepada pasaran semasa iaitu pada musim tengkujuh harganya RM1 sekilogram manakala musim kemarau pula ialah antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram.Jelasnya, harga pada musim banjir tinggi kerana kesulitan mendapatkan bekalan apabila kebanyakan tanaman itu yang ditanam di kawasan rendah ditenggelami air.''Akibat masalah ini, bekalan keledek di kawasan Besut terhad sedangkan permintaan di kalangan pembeli ketika itu amat menggalakkan," ujarnya.Sungguhpun begitu Hashim berkata, pada masa akan datang bekalan keledek dijangka tidak bermasalah kerana kebanyakan petani kini menanam tanaman tersebut di kawasan tinggi.
Dia memberitahu, pelanggan keledek keledeknya termasuk peniaga dari Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu; Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bahru dan Kuantan.Menurutnya, bagi Pasar Borong Gong Pauh dia terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya 50 tan metrik setiap bulan kerana permintaan di kalangan peniaga di pasar itu terlalu banyak.Bagi peniaga di pasar Kuantan pula jelasnya, dia menghantar empat tan atau lima tan metrik bekalan keledek dalam masa seminggu.''Pemintaan di kalangan penjual di Pasar Wakaf Che Yeh juga memuaskan kerana dalam sebulan, purata saya menjual ubi keledek kepada mereka melebihi 20 tan metrik," katanya.Hashim memberitahu, peniaga kecil dari beberapa daerah di negeri ini turut datang sendiri membeli keledek di rumahnya.Mengenai bekalan yang diperolehnya peniaga itu memberitahu, kawasan seluas 0.4 hektar mampu mengeluarkan hasil keledek antara tujuh hingga lapan tan metrik dan kebanyakan petani di kampung-kampung terbabit mengusahakan tanaman mereka di kawasan satu hektar hingga dua hektar setiap seorang.
''Tanaman keledek tidak begitu cerewet jika dibandingkan dengan tanaman lain dan ubi ini matang dalam masa tiga bulan menyebabkan bekalan sentiasa ada
Powered by WPeMatico
0 comments:
Post a Comment