Rusminah Puas
Selepas 25 tahun bergelumang dalam bidang kecantikan dan masak dengan segala asam garamnya, baru kini beliau membangunkan jenamanya sendiri.
Bagi orang lain, mungkin beliau dianggap terlewat, namun bagi pemilik Pusat Kecantikan Seri Mawar, Rusminah Hamid, 49, tidak timbul istilah itu.
Baginya, pengalaman luas menyuntik keyakinan untuk melangkah lebih jauh kerana tahu strategi pemasaran dan kehendak pelanggan.
Rusminah berkata, beliau berniaga sejak berusia awal 20-an bermula dengan khidmat andaman, kemudian diperluaskan kepada salun kecantikan, sekolah persolekan dan andaman pengantin, spa serta khidmat dandaman rambut.
Pada 2009, fokusnya lebih terarah untuk membangunkan jenamanya sendiri, iaitu Klasik Indah yang menawarkan produk set rawatan resdung, set membuang tahi lalat, kulit dan bebola minyak pada wajah serta set pencerahan kulit.
Selepas ini lebih banyak set produk akan dikeluarkan, misalnya set untuk rambut bermasalah dan rawatan untuk mengatasi mata kabur.
"Bidang ini menjadi darah daging saya. satu kepuasan bagi saya kerana dapat mengeluarkan produk sendiri. Jika dulu salun saya sering menggunakan produk orang lain, sekarang sudah boleh menggunakan produk sendiri," katanya.
Disebabkan kesibukan membangunkan produk, beliau terpaksa mengurangkan aktiviti bagi kursus di sekolah persolekan dan andaman pengantin dengan sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
"Saya akan aktif balik mengambil pelajar baru apabila ada bangunan sendiri yang lengkap sepenuhnya serta dibantu tenaga pengajar mahir.
"Lot kedai di Kompleks Pertama kini lebih bertumpu kepada penjualan produk Klasik Indah, manakala lot kedai di Taman Segambut SPPK untuk rawatan kecantikan, dandanan rambut dan spa.
"Strategi pengurusan perlu disusun denga rapi supaya perjalanan syarikat berjalan lancar. Saya sengaja buat pengasingan supaya perjalanan syarikat tidak bercampur aduk.
"Produk ditempatkan di lot kedai Kompleks Pertama iaitu di tengah bandar supaya semua golongan boleh datang disebabkan mudah untuk ke sana.
"Di Segambut pula, bisnes bertumpu kepada andaman, spa, salun kecantikan dan dandanan rambut kerana kebiasaannya selepas pulang daripada kerja, pelanggan lebih suka memilih tempat berhampiran rumah mereka untuk mendapatkan khidmat rawatan muka atau badan kerana keadaan lebih tenang dan jalan raya tidak sesak.
"Ini berbeza jika pusat kecantikan beroperasi di pusat bandar kerana jalan raya yang sesak selepas waktu kerja menyukarkan mereka untuk datang," katanya.
Menyingkap tirai kehidupannya sewaktu kecil, anak keempat daripada tujuh beradik ini dibesarkan di Segambut, Kuala Lumpur dalam keadaan serba susah selepas hilang tempat berteduh.
Beliau kehilangan bapa tercinta pada usianya sembilan tahun. Tanggungjawab menyara Rusminah tujuh beradik kemudian digalas ibunya, Noriah Salim, dengan melakukan pelbagai pekerjaan.
"Ketika bapa meninggal dunia kerana sakit buah pinggang, ibu tidak bekerja. Bayangkan, apabila hilang tempat bergantung, ibu perlu bekerja untuk membesarkan kami, antaranya mendulang bijih timah, berkebun, membuat kerepek, menjual kuih dan kain. Sejak kecil, saya membantu ibu bekerja bagi meringankan bebannya.
"Kehidupan waktu kecil memang susah. Ibu memang tabah dan jika tidak kerana ketabahan ibu, tentu kami tidak dapat bersekolah.
"Untuk ke sekolah, saya perlu berjalan kaki dari rumah di Segambut Tengah ke Segambut Luar berbekalkan duit saku sebanyak lima atau 10 sen sehari.
"Kami hanya mampu memakai pakaian baru setahun sekali iaitu pada hari raya. Lima beradik perempauan memakai pakaian serupa yang dijahit ibu.
"Melihat kesusahan ibu membesarkan kami adik beradik, sejak kecil saya tanamkan azam untuk menjadi seorang yang berjaya. Saya tidak mahu hidup susah dan cara keluar dari kepompong kemiskinan ialah berniaga.
"Apabila didedahkan dengan alam perniagaan sejak kecil, kami akhirnya mengikut jejak langkah ibu berniaga. Emapat lagi saudara perempuan turut ada perniagaan sendiri seperti menjadi pemborong kerongsang, mengusahakan kedai hiasan dalaman, menjual pakaian siap secara borong dan pemborong tudung muslimah," katanya.
Menurutnya, meskipun dirinya sinonim dengan Pusat Kecantikan Seri Mawar yang banyak melahirkan usahawan, produk dihasilkan menggunakan Klasik Indah diperoleh secara spontan.
"Ramai rang bertnaya mengapa saya tidak menggunakan nama Seri Mawar sebagai jenama produk. Namun kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menggunakan nama lain.
"Apapun, tidak menjadi masalah kerana apabila produk lengkap, ia akan difrancaiskan dan sesiapa yang ingin membangunkan Pusat kecantikan Seri Mawar, dia perlu menggunakan produk Klasik Indah. Walaupun menggunakan nama berlainan, ia masih saling berkait," katanya.
Profil Usahawan Kreatif
Nama : Rusminah Hamid
Umur : 49 tahun
Asal : Segambut, Kuala Lumpur
Anak : Mohd Faizal (meninggal dunia ketika 17 tahun), Mohd Fairus (27), Mohd Norhalim (14) dan Siti azizah Hayati (12)
Jawatan : Pemilik Pusat Kecantikan Seri Mawar dan pengasas produk Klasik Indah Marketing
Pendidikan : Sekolah Rendah Kebangsaan Segambut dan Sekolah Menegah Kebangsaan Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Pengalaman : Lebih 25 tahun dalam bidang andaman pengantin, rawatan kecantikan, salun rambut dan rawatan spa
Tip Usahawan Kreatif
Tumpu Produk Kurang Saingan
Ketika pengusaha lain berebut-rebut memiliki jenama produk kecantikan sendiri, Rusminah yang memiliki kepakaran dalam bidang kecantikan pula mengintai peluang membangunkan produk yang tidak banyak saingan di pasaran.
Hasilnya, strategi yang diatur berjaya kerana sejak dipasarkan awal tahun ini, jenama Klasik Indah mendapat sambutan menggalakkan. Menerusi ratusan pengedar di seluruh negara, produk berkenaan dapat dipasarkan dengan meluas.
"Walaupun bidang kecantikan menjadi darah daging saya, saya tidak membangunkan produk kecantikan wajah, sebaliknya memulakan dengan produk yang menumpukan kepada permasalahan seseorang.
"Idea membangunkan produk sebegini sudah lama ada dalam fikiran saya kerana selama mengusahakan Pusat Kecantikan Seri Mawar, saya tahu kehendak pelanggan. Produk seperti membuang tahi lalat, kulit dan bebola minyak serta set rawatan rsedung disasarkan untuk pelanggan berusia 30 ke atas yang ekonomi mereka sudah kukuh.
"Harapan saya jenama Klasik Indah akan meniti dari bibir ke bibir sebagaimana gahnya produk lain. Sesiapa yang berminat berkongsi perniagaan dan membangunkan jenama ini, saya jemput menjadi pengedar dan stokis. Kebaikan kepada pengedar ialah kursus berkaitan akan diberi secara percuma," katanya.
Baginya, tidak sukar untuk membangunkan produk, cuma perlu mengiklankannya secara berterusan supaya lebih dikenali. Selain dapat memajukan jenama produk, pengiklanan membantu pengedar dan stokis menjana pendapatan yang lebih.
Kebanyakan bekas pelajar yang mendapat asuhan di Pusat Kecantikan Seri Mawar dan kini menjadi pengusaha salun kecantikan adalah pengedar produknya.
"Dulu saya sifu mereka, tetapi masing-masing kini ada perniagaan sendiri. Saya dan pengedar sudah macam satu keluarga, menyebabkan saya seronok menghasilkan produk.
"Kehidupan saya lebih tenang sekarang, malah berasa puas kerana dapat menghasilkan produk sendiri. Saya membangun bersama Pusat Kecantikan Seri Mawar sejak muda ketika anak masih kecil hingga mereka besar dan punya pekerjaan," katanya.
Petikan Metro Ahad

0 comments:
Post a Comment